Sunday, 10 April 2011

Pesta Pantun: Persediaan

Menjadi tuan rumah untuk sesuatu pertandingan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Begitulah hendaklah buat Bidang Bahasa SMV Betong yang diamanahkan untuk menjadi tuan rumah untuk Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah peringkat Bahagian Betong 2011. Pesta Pantun ini akan diadakan pada 20 - 21 April 2011 nanti.

Antara persiapan awal yang dilakukan oleh Bidang Bahasa ialah dengan mengadakan mesyuarat bidang yang memfokuskan kepada persediaan awal dan pemilihan AJK untuk Pesta Pantun kali ini. Selain itu, beberapa kerja belakang tabir telah pun dimulakan dan diantaranya ialah proses membuat "backdrop wordings" yang akan digunakan untuk hiasan pentas nanti.

Selain itu, Cikgu Umarudin dan Cikgu Rosnani juga telah memulakan latihan bersama pasukan Pesta Pantun VOKBET. Pada kali ini, guru kaunselor VOKBET, Cikgu Sangin yang cukup berkaliber juga turut turun padang bersama sama membantu pasukan Pesta Pantun VOKBET...semoga pasukan tahun ini akan lebih mantap dan mampu memberikan saingan yang hebat kepada pasukan yang lain....Ikutilah perkembangan persediaan Pesta Pantun ini seterusnya nanti..

Tugas memotong board dengan teliti


Tugas membentuk abjad yang akan digunakan

Tugas melekatkan abjad pada board


Hasil awal


Memeriksa dan memastikan semua abjab siap disediakan

No comments:

Post a Comment