Showing posts with label VOKBET. Show all posts
Showing posts with label VOKBET. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Inter School Choral Speaking Competition 2012

Pada 21 Mac 2012 yang lalu, pasukan Choral Speaking SMV Betong telah menyertai pertandingan Choral Speaking  Bahasa Inggeris peringkat sekolah sekolah menengah Bahagian Betong. Pertandingan telah diadakan di SMK Kabong. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut dan di antara sekolah yang bertanding adalah SMK Saratok, SMK BM Saratok, SM St Agustine, SMK Kabong, SMK Agama Saratok dan SMK Kabong. Pertandingan pada tahun ini lebih sengit kerana semua sekolah yang bertanding telah membuat persediaan yang cukup sebelum hari pertandingan lagi.


VOKBET VOICES beraksi






Satu sejarah telah tercipta buat pasukan VOKBET VOICES kerana telah mendapat kedudukan ke-3 buat kali pertama di dalam pertandingan tersebut. Keputusan ini sememang tidak diduga kerana persaingan pada hari tersebut sangatlah hebat. Selain daripada itu, SMV Betong juga telah memenangi kategori Konduktor terbaik sekali gus memadamkan tradisi SMK BM Saratok yang sentiasa memenangi kategori ini. Tahniah buat adik Wan Rudzfikal yang telah merangkul kategori tersebut. Tahniah juga kepada Cikgu Ophelia Jane Liew kerana telah berjaya membentuk sebuah pasukan yang terbaik. Tempat ke-2 keseluruhan telah jatuh ke tangan SMK BM Saratok dan Juara pertandingan Choral Speaking Bahasa Inggeris 2012 telah menjadi milik SMK Saratok. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya.


Adik Wan Rudzfikal menerima hadiah kemenangan beliau


Kenangan Manis Tercipta 









Wednesday, 23 May 2012

Hari Guru VOKBET 2012

Guru sering diibaratkan sebatang lilin bernyala yang menerangi kegelapan... dan bukannya mudah untuk menjadi sebatang lilin kerana ada saja cabaran yang perlu diharungi untuk terus bernyala. Begitulah juga dengan kehidupan seorang guru yang senantiasa berhadapan dengan cabaran cabaran baru demi untuk mendidik anak bangsa supaya mencapai kejayaan yang diharapkan.



Belum terlambat rasanya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU 20120 buat semua pendidik di Malaysia umumnya dan di Sekolah Menengah Vokasional Betong khasnya. Bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", sambutan hari guru di SMV Betong telah disambut dengan sederhananya pada 21 Mei 2012 di Dewan Sri Kenanga. Kemeriahan sambutan dapat dirasai dengan bermulanya sukaneka diantara 6 buah pasukan. Pasukan yang terlibat adalah Kumpulan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JPS), Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains & Matematik, Bidang Vokasional 1 dan Bidang Vokasional 2.



Cikgu Khafizuddin, Cikgu Zahrin dan Cikgu Nayan


Cikgu Rosita dan Cikgu Jumina sempat berposing


Baling Sampai Jatuh Semua


Semangat Berpasukan Vokasional 1


Acara Sudu Ping Pong


Susah Jugak yer


Sedut Cikgu...Sedut


Barisan Exco yang membantu


Sukaneka bermula jam 9.00 pagi itu, mempertaruhkan 7 permainan yang menguji semangat kerjasama di kalangan guru-guru yang terlibat. Antara permainan yang dipertandingan adalah seperti 'Cans Balls', Sudu Ping Pong, Sedut Jangan Tak Sedut, Isi Air Dalam Botol, Boling Takraw dan Cawan Merah.

 Majlis perasmian penutupan bermula jam 11.00 pagi yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua sendiri, En. Ng Fook Yin. Sebelum majlis dirasmikan, semua warga VOKBET dapat mendengar ucapan daripada wakil pelajar VOKBET yang disampaikan oleh Ketua EXCO MPP sesi 2011/2012 iaitu adik Harith Haiqal. Kemudian pada majlis itu juga, semua guru telah dipersembahkan dengan persembahan daripada 'VOKBET VOICES' dengan tajuk 'choral speaking' mereka, 'FACEBOOK'. Ternyata persembahan mereka mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada warga VOKBET. Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian kad-kad ucapan Hari Guru kepada guru-guru VOKBET. Selain itu, pengetua sendiri menyerahkan T-Shirt VOKBET kepada semua warga guru dan kakitangan sokongan sekolah sebagai tanda penghargaan ke atas segala penat lelah dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.


Ucapan Ketua Exco MPP, Harith Haiqal


Ucapan pengetua, En. Ng Fook Yin


Lafaz Ikrar Hari Guru



Nyanyian lagu tema Hari Guru dan Kami Guru Malaysia


Pengetua telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah berjaya mencapai kemenangan di dalam pertandingan sukaneka yang telah dijalankan pada pagi itu. Juara keseluruhan jatuh kepada kumpulan JPS manakala di tempat ke dua jatuh kepada kumpulan kemanusiaan dan tempat ke tiga jatuh kepada kumpulan Bahasa. Tahniah kepada semua pemenang. Sebelum majlis ditamatkan, pengetua juga telah meyampaikan hadiah anugerah khas Hari Guru yang telah terhasil hasil daripada idea barisan exco MPP. Undian telah dibuat oleh pelajar sendiri untuk menentukan pemenang-pemenang anugerah tersebut. Akhir kata...TERIMA KASIH CIKGU



Persembahan VOKBET Voices


Juara Keseluruhan Sukaneka Hari Guru


Guru Paling Bergaya Lelaki, Cikgu Hanif


Guru Paling Bergaya Perempuan, Cikgu Clarice Mondin


Guru Paling Sporting Lelaki, Cikgu Kenny Gray


Guru Paling Tegas Lelaki, Cikgu Thomas


Guru Paling Tegas Perempuan, Cikgu Siti Sara


Guru Penyayang Lelaki, Ustaz Mior


Barisan Exco yang menjayakan Hari Guru VOKBET 2012




Sunday, 22 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011 peringkat VOKBET

Tanggal 20 Mei 2011, warga guru VOKBET diraikan di dalam satu majlis sambutan hari guru bagi tahun 2011. Pelbagai acara disediakan oleh MPP VOKBET dibawah pimpinan Cikgu Rosyaida pada hari tersebut yang bermula seawal 7.00 pagi.


Sebelum itu, pada 19 Mei 2011, pelbagai acara sukan telah dijalankan di antara guru dan pelajar yang mendapat sambutan hangat di kalangan guru dan pelajar. Di antara sukan yang dipertandingan pada petang itu adalah seperti badminton, bola tampar dan bola sepak. Kehadiran semua pelajar asrama memeriahkan lagi suasana pada petang itu ditambah pula dengan penglibatan semua guru yang terlibat.
Berbalik kepada acara kemuncak sambutan Hari Guru VOKBET 2011, acara dimulakan dengan perarakan guru-guru VOKBET dari kantin sekolah ke dalam Dewan Sri Kenanga yang diiringi dengan bunga manggar dan paluan kompang oleh pelajar-pelajar VOKBET. Majlis di dalam dewan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwi ku dan lagu VOKEBT sebelum bacaan doa disampaikan oleh wakil MPP VOKBET. Selepas itu, Ketua MPP VOKBET 2010/ 2011 mewakili pelajar-pelajar VOKBET untuk menyampaikan ucapan wakil pelajar. Acara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan KPPM yang disampaikan oleh Kaunselor SMV Betong, Cikgu Sangin dan bacaan perutusan MPM yang disampaikan oleh Cikgu Thomas sebelum tuan pengetua, Mr. Ng Fook Yin naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan sambutan Hari Guru peringkat VOKBET.

Ucapan Wakil Pelajar

Ucapan perutusan KPPM oleh Cikgu Sangin

Ucapan Perutusan MPM oleh Cikgu Thomas


Ucapan perasmian Sambutan Hari Guru VOKBET 2011 oleh Pengetua VOKBET

Selepas itu, acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh guru-guru SMV Betong yang diikuti dengan nyanyian 2 lagu tema Hari Guru iaitu "Kami Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang ". Bagi menghargai jasa guru-guru tingkatan, acara penyerahan Kad Hari Guru oleh wakil setiap kelas kepada guru tingkatan di adakan selepas itu.

Acara memotong Kek Hari Guru sumbangan Bank Rakyat Sarikei


Seterusnya, pihak pengurusan VOKBET juga telah menghargai jasa guru guru VOKBET yang telah menjalankan tugas serta mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM 2010 di mana guru diberi anugerah yang terutamanya pada guru-guru yang telah mencapai dan melebih target ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Di antara penerima anugerah itu adalah 3 orang guru daripada bidang bahasa. Tahniah diucapkan dari Nadi Bahasa VOKBET kepada Cikgu Umaruddin (Anugerah Titanium & Anugerah Dedikasi),Cikgu Rosnani (Anugerah Titanium) untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Cikgu Ophelia (Anugerah Titanium) untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Semoga dengan penganugerahan ini, usaha akan terus dipertingkatkan untuk membantu para pelajar VOKBET 2011 untuk mencapai keputusan SPM 2011 dengan lebih cemerlang.

Penerima Anugerah Titanium & Anugerah Guru Dedikasi, Cikgu Umaruddin (B. Melayu)

Penerima Anugerah Titanium, Cikgu Rosnani (B. Melayu)


Penerima Anugerah Titanium, Cikgu Ophelia (B. Inggeris)

Sambutan pada hari itu diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sukaneka di antara guru yang sungguh meriah dan menyeronokkan di kalangan warga guru VOKBET. Di antara sukaneka yang dijalankan adalah seperti Teka Simpulan Bahasa, Sudu Ping Pong, Isi Air Dalam Botol, Pancing Botol, Tiup Belon Sampai Pecah dan Boling Jalan. Kemeriahan jelas terpancar di setiap wajah guru yang terlibat...Semoga acara sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang....Sejuta tahniah dan terima kasih kepada barisan MPP VOKBET dan gurunya Cikgu Rosyaida yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru VOKBET untuk tahun 2011..


Persembahan VOKBET Choral Speaking

Persembahan Lagu & Puisi

Persembahan Drama Hari Guru

Persembahan Gesekan Biola

Tiup...Jangan tak tiup...sampai pecah

Memancing ikan lagi senang nie...

Bila nak penuh botol kalau macam ni gaya nya

 
Gembira dan riang dengan hadiah kemenangan