Sunday 17 April 2011

Pidato Piala Di Raja

Pada 13 April 2011 bertempat di SMK Klaka, Roban telah berlangsung pertandingan Pidato Piala Di Raja di antara sekolah-sekolah menengah Bahagian Betong. SMV Betong telah diwakili adik Izzul Hazwan B Shamsu daripada 4 EE 1 untuk mewakili sekolah di dalam pertandingan itu. Walaupun tempoh latihan adalah singkat, adik Izzul telah memberikan komitment yang sangat baik di bawah latihan guru pengiring iaitu Cikgu Thoo Lee Moi. Sesungguhnya Nadi Bahasa Vokbet mengucapkan syabas kepada Cikgu Thoo dan adik Izzul di atas usaha yang ditunjukkan. Walaupun tidak mendapat merangkul mana mana tempat di dalam pertandingan itu, Nadi Vokbet yakin bahawa Mohd Izzul telah menunjukkan satu semangat pertandingan yang baik. Tahun depan kita boleh usaha dan cuba lagi. Tahniah buat SMK Spaoh yang telah mendapat kedudukan Johan pada pertandingan itu.

Latihan bersama Cikgu Thoo Lee Moi

Cuba menghafal yer?

Gigih mengingati isi pidato


Wakil VOKBET, Izzul Hazwan B Shamsu

No comments:

Post a Comment