Sunday 22 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011 peringkat VOKBET

Tanggal 20 Mei 2011, warga guru VOKBET diraikan di dalam satu majlis sambutan hari guru bagi tahun 2011. Pelbagai acara disediakan oleh MPP VOKBET dibawah pimpinan Cikgu Rosyaida pada hari tersebut yang bermula seawal 7.00 pagi.


Sebelum itu, pada 19 Mei 2011, pelbagai acara sukan telah dijalankan di antara guru dan pelajar yang mendapat sambutan hangat di kalangan guru dan pelajar. Di antara sukan yang dipertandingan pada petang itu adalah seperti badminton, bola tampar dan bola sepak. Kehadiran semua pelajar asrama memeriahkan lagi suasana pada petang itu ditambah pula dengan penglibatan semua guru yang terlibat.
Berbalik kepada acara kemuncak sambutan Hari Guru VOKBET 2011, acara dimulakan dengan perarakan guru-guru VOKBET dari kantin sekolah ke dalam Dewan Sri Kenanga yang diiringi dengan bunga manggar dan paluan kompang oleh pelajar-pelajar VOKBET. Majlis di dalam dewan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwi ku dan lagu VOKEBT sebelum bacaan doa disampaikan oleh wakil MPP VOKBET. Selepas itu, Ketua MPP VOKBET 2010/ 2011 mewakili pelajar-pelajar VOKBET untuk menyampaikan ucapan wakil pelajar. Acara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan KPPM yang disampaikan oleh Kaunselor SMV Betong, Cikgu Sangin dan bacaan perutusan MPM yang disampaikan oleh Cikgu Thomas sebelum tuan pengetua, Mr. Ng Fook Yin naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan sambutan Hari Guru peringkat VOKBET.

Ucapan Wakil Pelajar

Ucapan perutusan KPPM oleh Cikgu Sangin

Ucapan Perutusan MPM oleh Cikgu Thomas


Ucapan perasmian Sambutan Hari Guru VOKBET 2011 oleh Pengetua VOKBET

Selepas itu, acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh guru-guru SMV Betong yang diikuti dengan nyanyian 2 lagu tema Hari Guru iaitu "Kami Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang ". Bagi menghargai jasa guru-guru tingkatan, acara penyerahan Kad Hari Guru oleh wakil setiap kelas kepada guru tingkatan di adakan selepas itu.

Acara memotong Kek Hari Guru sumbangan Bank Rakyat Sarikei


Seterusnya, pihak pengurusan VOKBET juga telah menghargai jasa guru guru VOKBET yang telah menjalankan tugas serta mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM 2010 di mana guru diberi anugerah yang terutamanya pada guru-guru yang telah mencapai dan melebih target ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Di antara penerima anugerah itu adalah 3 orang guru daripada bidang bahasa. Tahniah diucapkan dari Nadi Bahasa VOKBET kepada Cikgu Umaruddin (Anugerah Titanium & Anugerah Dedikasi),Cikgu Rosnani (Anugerah Titanium) untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Cikgu Ophelia (Anugerah Titanium) untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Semoga dengan penganugerahan ini, usaha akan terus dipertingkatkan untuk membantu para pelajar VOKBET 2011 untuk mencapai keputusan SPM 2011 dengan lebih cemerlang.

Penerima Anugerah Titanium & Anugerah Guru Dedikasi, Cikgu Umaruddin (B. Melayu)

Penerima Anugerah Titanium, Cikgu Rosnani (B. Melayu)


Penerima Anugerah Titanium, Cikgu Ophelia (B. Inggeris)

Sambutan pada hari itu diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sukaneka di antara guru yang sungguh meriah dan menyeronokkan di kalangan warga guru VOKBET. Di antara sukaneka yang dijalankan adalah seperti Teka Simpulan Bahasa, Sudu Ping Pong, Isi Air Dalam Botol, Pancing Botol, Tiup Belon Sampai Pecah dan Boling Jalan. Kemeriahan jelas terpancar di setiap wajah guru yang terlibat...Semoga acara sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang....Sejuta tahniah dan terima kasih kepada barisan MPP VOKBET dan gurunya Cikgu Rosyaida yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru VOKBET untuk tahun 2011..


Persembahan VOKBET Choral Speaking

Persembahan Lagu & Puisi

Persembahan Drama Hari Guru

Persembahan Gesekan Biola

Tiup...Jangan tak tiup...sampai pecah

Memancing ikan lagi senang nie...

Bila nak penuh botol kalau macam ni gaya nya

 
Gembira dan riang dengan hadiah kemenangan

No comments:

Post a Comment