Thursday 31 March 2011

Salam Nadi Bahasa Vokbet


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia dimulakan untuk sekian kalinya sebagai pembuka bicara blog ini. Sesungguhnya tuntutan kecanggihan teknologi pada zaman kini menuntut aku untuk mewujudkan satu lagi cara untuk aku berkongsi maklumat, ilmu dan perkara terkini tentang segala yang berlaku setulusnya di dalam bidang Bahasa VOKBET. Sebagai langkah pertama, aku tahu satu perkongsian harus dimulakan di sini pada hari ini. Bak kata pepatah bahasa Inggeris, "A journey a thousand miles begin with the first step".
Di dalam blog ini akan dipaparkan, dikongsikan dan dimaklumkan segala berita, isu, pekeliling mahupun ilmu yang berlaku di dalam bidang Bahasa VOKBET. Semoga segala berita, isu dan perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja di luar sana yang dahagakan sesuatu yang hangat dan terbaru di dalam bidang bahasa Melayu dan bahasa Inggeris khususnya. Segala maklum balas amatlah dihargai untuk penambahbaikan blog ini untuk tatapan generasi masa depan...Sehingga itu teruskan sokongan anda terhadap NADI BAHASA VOKBET...

No comments:

Post a Comment